Monday, 5 December 2016

MANNEQUIN CHALLENGE BY BANAT

Assalamu'alaikum

Pada post kali ini, banat ingin berkongsi video "Mannequin Challenge" kami. Memandangkan "Mannequin Challenge" dah trending sekarang, jadi banat pun nak cuba jugak. Video ni kami buat waktu last day Mukhayyam Tahfiz. Layankan je lah video kami ni. 
"Semoga ini menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan." Hihihi...

Friday, 25 November 2016

PENGENALAN

Assalamu'alaikum W.B.T

Alhamdulillah, kami pelajar Tahun Enam Nawawi, memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi yang telah memudahkan urusan kami dan memberi peluang kepada kami sebagai 'first batch' yang telah menamatkan pengajian di SRIAAWP. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada guru-guru, pihak pengurusan SRIAAWP dan ibubapa yang sentiasa membimbing, memberi dorongan dan sokongan kepada kami dari Tahun Satu sehingga tamat pengajian peringkat rendah kami di Tahun Enam. 

        Dengan tamatnya pengajian kami, maka tertubuhlah blog untuk Kelab Alumni SRIAAWP seperti yang telah dicadangkan oleh Teacher Wan. Kami, pelajar Tahun 6 Nawawi 2016 amat bertuah sebagai 'batch' pertama dapat berkongsi informasi di dalam blog ini. Adalah diharapkan blog ini akan terus dimanfaatkan oleh bekas pelajar SRIAAWP dan guru-guru untuk diisi dengan perkembangan, cerita-cerita dan informasi kelab. Ia juga boleh dijadikan platfom untuk mencoret suka duka pengalaman sepanjang pengajian.


Objektif Penubuhan Kelab Alumni SRIAAWP

  • Mengekalkan hubungan persaudaraan sesama bekas pelajar dengan guru, mahupun sesama bekas pelajar. 
  • Para alumni juga dapat berkongsi pengalaman mereka ketika berada di SRIAAWP kepada umum dan juga pelajar junior. 

Wednesday, 23 November 2016

KARYA TERAKHIR KAMI

Assalamu'alaikum W.B.T

Sempena tahun akhir 'first batch' SRIAAWP kali ini, kami telah menyediakan karya tersendiri (cerpen,biodata,ucapan, dll) buat rujukan dan tatapan semua.

_________________________________________________________________________________

ADAM BIN MOHD HAIZAL

Assalamu'alaikum W.B.T

    Saya Adam dari kelas 6 Nawawi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru, parents dan rakan-rakan atas sokongan dan sumbangan yang diberi.
    Saya juga menyusun 10 jari untuk meminta maaf kepada semua teachers, muallim dan muallimah atas kenakalan kami.
    Harapan saya untuk adik-adik di sini ialah "Teruskan berjuang belajar betul-betul, yang penting hormat guru.

BUAH PAUH DELIMA BATU,
   ANAK SEMBILANG DI TAPAK TANGAN;
WALAU JAUH DI NEGERI SATU,
   HILANG DI MATA, DI HATI JANGAN.
_________________________________________________________________________________
AIMAN SUFI RAMADHAN BIN AHMAD SHALIHIN

Assalamu'alaikum W.B.T.

    Saya Aiman Sufi dari kelas 6 Nawawi mengucapkan jutaan terima kasih kepada teachers, muallim, muallimah, parents, dan rakan-rakan atas sokongan dan sumbangan kepada saya. Saya juga ingin meminta maaf atas kesilapan dan kenakalan saya di SRIAAWP selama 3 tahun disini.
    Saya rasa gembira berada di SRIAAWP. Saya juga mendapat banyak pengalaman baru di SRIAAWP, seperti contoh, pengalaman melakukan Street Dakwah.
    Harapan saya untuk adik-adik disini adalah untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna.

HUJAN TURUN BADAN PUN BASAH,
   BATANG GALAH HALUAN PERAHU;
NIAT DI HATI TIDAK MAHU BERPISAH,
   KEHENDAK ALLAH SIAPA YANG TAHU.

Semoga jumpa lagi. "Bye-bye , see you soon"
_________________________________________________________________________________
AQIL ILHAN BIN SULAIMAN

Assalamu'alaikum semua!

Nama saya Aqil Ilhan. Hobi saya ialah menonton televisyen. Cita-cita saya ialah untuk menjadi pilot al-hafiz.
    Saya mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar saya selama 5 tahun disini. Saya stahu, saya telah banyak menyakiti hati semua. Maafkan saya  ye? >,<
_________________________________________________________________________________
MUHAMMAD AFIQ AIMAN BIN SHAMSUDDIN

Assalamu'alaikum

    Nama saya Muhammad Afiq Aiman Bin Shamsuddin. Hobi saya membaca. Saya ingin menjadi manusia yang beriman. Saya suka makan nasi ayam. Saya suka air asam boi.
________________________________________________________________________________
MUHAMMAD MUAZ BIN ABU BAKAR

Assalamu'alaikum,

    Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar saya dari darjah satu. Saya memohon maaf jika saya melakukan banyak kesalahan. Doakan saya.
Sekian, terima kasih.
_________________________________________________________________________________
MOHD SYAMEER BIN AYOB 

Assalamu'alaikum W.B.T

    Nama ana Mohd Syameer Bin Ayob. Umur ana 12 tahun. Ana tinggal di Kuala Lumpur. Hobi ana ialah bermain futsal bersama kawan-kawan di sekolah. Ana suka makan nasi lemak di kantin, Kawan-kawan ana suka tolong ana.
_________________________________________________________________________________
NABIL HISHAM BIN BADRUL HISHAM

Assalamu'alaikum W.B.T

    Saya Nabil Hisham dari 6 Nawawi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru SRIAAWP yang telah berkorban untuk mengajar saya supaya menjadi seorang murid yang baik. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada parents dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. 
    Saya juga ingin memohon maaf atas kesilapan yang telah saya lakukan selama 3 tahun saya berada di SRIAAWP. Saya rasa sangat gembira sepanjang berada disini. 
    Saya ingin memohon maaf kepada kedua ibubapa saya jika sudah membuat kesilapan yang berat.
Sekian, terima kasih.
_________________________________________________________________________________
IDA NURAISYAH BINTI NORAZLAN

Nama saya Ida Nuraisyah. Saya dilahirkan pada 31 Oktober 2004 di Selangor. Hobi saya suka makan. 
    Saya bersekolah di SRIAAWP sejak 2014. Walaupun pelbagai kesukaran yang dihadapi, saya tetap mahu meneruskannya jua. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah membimbingku selama 3 tahun saya di SRIAAWP. Saya tidak akan melupakan semua jasa guru-guru di sini. Terima kasih, cikgu!
_________________________________________________________________________________
IMAN ILLIYYIN BINTI MOHD ISA

Assalamu'alaikum.

    Saya Iman Illiyyin bt. Mohd Isa. Saya memulakan pembelajaran di Al-Amin Wilayah Persekutuan pada tahu 2014. Pada awalnya, saya belajar di Kelas 4 Al-Banna dan seterusnya di 5 Syafie. Akhir sekali, di 6 Nawawi.
    Saya berasa sangat gembira kerana dapat belajar di sekolah ini. Walaupun saya menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran, saya tetap tabah untuk menghadapi segala rintangan ini. Dugaan-dugaan ini mengajar saya untuk menjadi lebih dewasa. 
    Terima kasih kepada guru-guru kerana mendidik saya sehingga ke hari ini. Saya juga ingin meminta maaf atas karenah saya yang kurang menyenangkan guru-guru.
_________________________________________________________________________________
JASMINE ALEEYAH BINTI HASSIM

     Nama ana Jasmine Aleeyah. Ana dilahirkan pada 13 Oktober 2004 di Selangor. Hobi ana mendengar lagu. Ana bersekolah di SRIAAWP sejak 2012. Walaupun pelbagai kesukaran yang dihadapi, ana mahu meneruskannya juga. 
    Ana mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah membimbingku selama 5 tahun ana di sini. Ana tidak akan lupa jasa cikgu-cikgu. Terima kasih, cikgu!
_________________________________________________________________________________
NAWAL BINTI OTEH

Hai... Nama saya Nawal Bt. Oteh. Saya adalah salah seorang yang bersekolah disini sejak baru mula bukak sekolah lagi. Bangga tak? Heheh...
    2012 tahun yang takkan dilupai, "we still talk about it time to time". Tapi 2012 best sebab hati suci, takdek dosa. Haha! 
    Pada tahun 2013, kelas ana besar dan luas. Masa 2014 pula, dipisah kitaorang. Ada 4 Al-Banna dan 4 Qutub. Saya masuk 4 Al-Banna, kelas saya ada budak tahfiz je. Satu hari, kitaorang gaduh dengan 4 Qutub. Tapi tu dah lepas... Masa 2015 pula kembali jadi satu kelas.
    Tahun 2015 sampai 2016 kekal bersama, memang ada yang pindah, tapi apapun kita 'still kena move on'.
_________________________________________________________________________________
NUR AMIRA FATIN BINTI MOHAMED ALI

Assalamu'alaikum

    Hai nama saya Nur Amira Fatin. Umur saya 12 tahun dan bersekolah di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Wilayah Persekutuan. Saya mempunyai pengalaman yang baru sepanjang bersekolah di SRIAAWP.
    Segala pengalaman itu saya jadikan kenangan yang terindah dalam hidup saya. Kenangan manis mahupun pahit, semuanya saya pasti tidak akan melupakannya.                                                                  Saya juga ingin berterima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan yang telah menjadi sebahagian di dalam hidup saya. Tidak ketinggalan juga kepada keluarga saya yang tidak putus-putus memberikan sokongan. Terima kasih semua!
IKHLAS DARIPADA,
NUR AMIRA FATIN :)
_________________________________________________________________________________
NUR AMIRA NABILA BINTI ROSIHAN

Assalamu'alaikum W.B.T

    Saya Nur Amira Nabila Binti Rosihan mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga SRIAAWP, terutamanya guru-guru yang telah mengajarku selama 4 tahun aku disini. Sungguh, jasa kalian akanku kenang! 
    Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah sama-sama berjuang dan memberi semangat kepada saya. Pesan buat adik-adik, "Don't study at last minute, but study until last minute. Walau apapun cabaran yang menghalang, teruskan usaha dan buat sehabis baik. InsyaAllah, kita akan mendapat keputusan yang setimpal dengan usaha kita."
    Akhir kata, saya memohon maaf kepada semua sekiranya telah terguris hati, terkasar bahasa, terhutang budi dan sebagainya. Semoga kalian dipermudahkan urusan dan dilindunginya di dunia dan di akhirat. Doakan kami juga supaya menjadi anak yang soleh dan solehah...
_________________________________________________________________________________
NUR UMAIRAH SYAHMINA BINTI SYAIFUL AZRI

Assalamu'alaikum.

    Nama saya Nur Umairah Syahmina, berumur 12 tahun. Saya mahu berterima kasih dan meminta maaf kepada guru-guru yang telah mengajar saya dari saya 8 tahun hingga sekarang.
    Saya tidak akan melupakan jasa guru-guru terhdap saya dan saya tidak akan lupakan semua guru. Selain itu, doakanlah saya dan kawan-kawan supaya berjaya di dunia dan di akhirat
THANK YOU.
_________________________________________________________________________________
NURIN IRDINA BINTI KASMAN

Assalamu'alaikum.

    Nama saya Nurin Irdina. Umur saya 12 tahun. Saya dilahirkan pada 16 Februari 2004. Saya bersekolah di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Wilayah Persekutuan. Saya bermula sekolah disini sejak 2012.
    Saya menghadapi pelbagai cabaran disini tetapi masih ingin meneruskannya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar saya. Saya juga berterima kasih atas sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan saya.
IKHLAS DARIPADA: NURIN IRDINA ^_^
_________________________________________________________________________________
SHARIFAH NURUL NAJLA BINTI SYED KHALID

Nama ana Sharifah Nurul Najla. Ana dilahirkan pada 11 November 2004. Sudah lima tahun ana berada di sekolah ini. Ana telah menghadapi banyak kesukaran di sekolah ini, tetapi ana masih meneruskannya juga.
    Ana mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan kerana telah banyak membantu ana selama lima tahun ini. Ana tidak akan melupakan jasa cikgu. Terima kasih, cikgu!
_________________________________________________________________________________